Soalan berkenaan pembelian.
“Ada option walk-in, pickup, physical store tak?”
Maaf! Spritz beroperasi 100% online dan pemprosesan kami dilakukan di gudang pemprosesan kurier. Jadi kami tiada kedai fizikal atau pejabat untuk anda walk-in dan pick-up.
“Ada COD tak?”
Maaf, kami tidak menyediakan perkhidmatan COD buat masa ini.
“Berapa lama order boleh sampai?”
Mengikut pengalaman kami, untuk Semenanjung Malaysia adalah antara 1-3 hari. Untuk Sabah, Sarawak & Labuan, antara 4-7 hari. Tapi ini semua bergantung kepada kecekapan hub di kawasan anda.
“Saya dah beli, mana order saya?”
Kami memproses order setiap hari Isnin hingga Jumaat, kecuali hari cuti umum. Anda akan menerima tracking number melalui email. Jika tiada, sila semak di bahagian junk / spam. Jika masih tiada, boleh email kami di spritzhq@gmail.com
“Saya tersalah tulis alamat, boleh tolong tukar?”
Anda boleh email kami di spritzhq@gmail.com untuk menukar alamat sebelum jam 9pm pada hari pembelian. Ini kerana pemprosesan di gudang bermula pada jam 9pm. Kami tidak dapat bertanggungjawab atas kelewatan & kesalahan alamat.
“Ada masalah dengan produk saya, boleh bantu?”
Jangan risau! Email kami di spritzhq@gmail.com dengan info ini :
- Order ID atau email / nama penerima
- Gambar atau video produk yang bermasalah
Kami akan bantu secepat mungkin!